Thumnail for banner in Products page

Memastikan Kesegaran!

Susu yang segar mempunyai rasa yang sedap dan asli serta ianya semulajadi. Dalam mengawal kualiti & rasa itu, hanya perlu ikuti langkah-langkah ini.
Beli susu di penghujung sesi beli belah anda

Beli susu di penghujung sesi beli belah anda

Bagi memastikan susu atau yogurt anda kekal sejuk, pastikan anda mengambil susu atau yogurt sebagai barangan yang terakhir. Letakkan di dalam “beg penyejuk” anda.
Kepentingan Suhu!

Kepentingan Suhu!

Untuk memanjangkan hayat produk tenusu MIG Dairy Fresh anda, simpan pada suhu 4°C atau lebih rendah. Untuk mendapatkan suhu yang paling rendah, elakkan menyimpan tenusu anda pada pintu peti sejuk. Sebaliknya, simpan susu di dalam ruang simpanan peti sejuk utama di mana suhu berada pada tahap yang terendah.
Buka Dengan Cermat

Buka Dengan Cermat

Memandangkan kami menghasilkan tenusu tanpa bahan pengawet dan pepejal susu yang berbahaya, ambil langkah penjagaan untuk mengelakkan pencemaran. Untuk membuka susu atau yogurt anda dengan baik, gunakan pisau untuk membuka penutup bagi mengelakkan pemindahan kuman daripada tangan. * Berhati-hati apabila menggunakan pisau untuk membuka botol Buffy Lassi anda.
Habiskan dalam masa 3 hari

Habiskan dalam masa 3 hari

Bagi memastikan susu kekal lazat dan segar untuk anda dan keluarga anda, guna produk kami dalam tempoh 3 hari selepas dibuka.
Jangan campurkan susu dengan daging atau ikan

Jangan campurkan susu dengan daging atau ikan

Untuk mengelakkan pencemaran pada susu anda, elakkan daripada meletakkannya bersama rak yang turut digunakan untuk menyimpan daging atau ikan di dalam peti sejuk. Lebih spesifik lagi, daging dan makanan tenusu harus diasingkan dan pastikan susu tidak bocor dan menitis ke atas produk daging anda.