SEJARAH SYARIKAT

MIG Dairy Fresh Sdn. Bhd (1262677-T) merupakan anak syarikat kepada MIG Farm Sdn. Bhd. bagi mengkomersialkan produk-produk tenusu. Sebuah syarikat hak milik bumiputera sepenuhnya. Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan industri ternakan dan tenusu negara selaras dengan galakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan bekalan import dari luar.

Pihak pengurusan syarikat mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang penternakan lembu dan kerbau. Dimana ladang ini diwarisi melalui keluarga yang telah lama bergiat di dalam industri ini.

Lokasi ladang MIG yang terletak di Sungai Kembong,Rinching Hilir, Beranang, Selangor Darul Ehsan. Ladang MIG adalah tanah persendirian yang mempunyai keluasan 4 ekar. Manakala tanah kerajaan Lot 2266 untuk meragut adalah 100 ekar. Terdapat sebanyak hampir 1000 ekor Kerbau Sapi.

image thumbnail for - Tentang Syarikat

PENGURUSAN TERTINGGI SYARIKAT

ABDUL GAFFAR KHAN BIN AMIRULLAH

Pengarah Urusan

  • Beliau merupakan pengasas dan pemilik MIG Farm Sdn. Bhd (2005), memiliki hampir 1000 ekor kerbau sapi dimana kerbau ini mampu menghasilkan hampir 1200 liter susu segar sehari.
  • Lebih 11 tahun bermula dari penyelia tapak projek bersama berberapa syarikat kontraktor landskap ternama di Malaysia.
  • Menubuhkan MIG Landscape (G6 CIDB Contractor) pada tahun 2006, kini syarikat telah beroperasi hampir 12 tahun. Pelbagai kejayaan telah beliau capai antaranya Top 3 Landscaping Contractor for Sime Darby Property Sdn Bhd dan Premium Landscaping Contractors by Island & Peninsular Sdn Bhd (I&P).
  • Pengasas bersama MIG Green Resources Sdn Bhd (2015).
En.Abdul Gaffar Khan Bin Amirullah
En.Khairul Sukri Bin Abd Rahaman

KHAIRUL SUKRI BIN ABD RAHAMAN

Pengarah

  • Merupakan pengasas dan pemilik bersama MIG Dairy Fresh Sdn. Bhd iaitu anak syarikat MIG Farm Sdn. Bhd. Ditubuhkan bagi tujuan pengkomersialan dan pembangunan jenama MIG Farm.
  • Pengasas dan pemilik bersama MIG Green Resources Sdn. Bhd (2015) iaitu Fasiliti Pemprosesan Sisa Hijau dan Taman. Strategik Partner Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Pengasas DtrustedSeller Sales & Marketing – sebuah syarikat pemasaran dan jualan online yang berjaya (2011)
  • Akauntan Bertauliah MIA 27387 (2007) dan telah melepaskan kerjayanya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (2009)
Our Story

Khasiat Susu Kerbau

Susu merupakan minuman yang kaya akan nutrisi dan gizi bagi tubuh. terutama tingginya kalsium yang terdapat dalam susu. Kalsium tersebut bermanfaat bagi kesihatan tulang dan gigi. Bagi masyarakat Malaysia, meminum susu kerbau adalah perkara yang jarang. Selain kerana tidak mudah untuk diperolehi, susu kerbau memang jarang dikenal masyarakat.

Namun, bukan bererti susu kerbau tidak bermanfaat ya. Cuma ramai yang  belum mengetahui manfaat susu kerbau.

Susu kebau juga mempunyai berbagai manfaat bagi kesehatan. Lalu apa saja ya manfaatnya? Sila lihat dibawah ini :

  1. Tinggi protein. Kandungan protein dalam susu kerbau termasuk tinggi. Selain itu, banyak juga kandungan asid amino yang baik bila susu ini di amalkan oleh orang yang sudah lanjut usia. Untuk itu, jika orang mengkonsumsi susu kerbau ini dapat meningkatkan kesihatan otot.
  2. Tinggi vitamin. Susu kerbau memiliki kandungan B12 dan fiblovamin yang tentunya bagus bagi kesihatan. Oleh karena itu, susu kerbau jika dikonsumsi dapat mencegah datangnya penyakit jantung dan stroke. Selain itu, terdapat juga kandungan vitamin A yang baik untuk kesehitan mata dan metabolisme, dan vitamin C yang bermanfaat bagi kekebalan tubuh badan.
  3. Rendah kolesterol. Kolesterol buruk yang terdpaat dalam susu kadang dapat membahayakan kesihatan tubuh. namun, dengan mengonsumsi susu kerbau maka tidak perlu risau akan kolesterol tinggi. Kerana susu kerbau memiliki kolesterol yang rendah. Sehingga susu ini juga sesuai dikonsumsi oleh orang yang menghidap penyakit jantung dan diabetes.
  4. Tinggi lemak. Susu kerbau walaupun memiliki kandungan kolesterol yang rendah namun memiliki kandungan lemak yang tinggi. Jadi susu ini layak dikonsumsi bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan.
  5. Tinggi mineral. Banyak mineral yang terkandung dalam susu kerbau sehingga dapat bermanfaat dalam menjaga kesihatan tulang rapuh dan osteopororsis.
Thumnail for banner in Products page